PRAKATA
Prakata
"Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."
surah al-Hadid ayat 25
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih………..
Zulkifli Haron ,anak kelahiran Kota Bharu Kelantan yang dilahirkan pada tahun 1958 adalah seorang lelaki waja dan bersemangat jitu dalam mengembangkan empayar perniagaan dan bakatnya.Lelaki yang dipandang remeh ramai pihak suatu masa dahulu ,kini mengecapi kejayaan demi kejayaan dalam bidang reka cipta.
Gelaran “Zul Robot” sudah sebati dalam hidupnya.Rakyat Malaysia mengenali insan kerdil ini sejak tahun 80an dan ramai mengikuti perkembangan dirinya melalui kaca tv dan akhbar.Satu persatu rekaannya mendapat sambutan dan sokongan rakyat Malaysia.
Insan biasa pada zahirnya namun luar biasa pada kerjanya telah membuktikan bahawa bangsa Melayu boleh berjaya jika ada kesungguhan dalam melakukan pekerjaan.Zulkifli Haron telah
membuktikannya.
Biografi ini ditulis untuk memperkenalkan siapakah lelaki waja ini,pengalaman suka duka dalam kerjaya dan kehidupan,rintihan dan kemahuan serta pelbagai kisah-kisah yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia.
Mengambil ayat yang dituturkan pereka cipta terkenal Thomas Edison “ I never did anything by accident, nor did any of my inventions come by accident; they came by work” ,Zulkifli Haron adalah anak Melayu yang perlu menjadi ikon dan role-model kepada masyarakat .
Jika negara Uncle Sam berbangga dengan Albert Einstein dan Thomas Edison,Malaysia tercinta mempunyai seorang lelaki hebat bernama Zulkifli Haron….
Semoga buku kecil ini akan memberi banyak pengetahuan,motivasi,inspirasi dan pengajaran kepada pembaca.Bacalah dengan minda terbuka dan kita perlu mencontohi manusia bernama Zulkifli Haron……….
Selamat membaca
Sata Saalimun
Man who look Dummy but not Dumb!
12.19 pm
30 November 2011
Comments
Post a Comment